01.Yang melihat tak seberat yang memikul,berkata mudah dalam segala
perkara,melakukan sesuatu bukan semudah yang dikata,kadang berkata
tidak menjadi,dan kadang apa yang dilakukan menjadi tidak seperti yang
dikata.
02.Sesuatu yang kita suka,kita akan mempelajarinya,dan kita sentiasa ingat
akan apa yang kita belajar,kita akan tahu bagaimana untuk memulakannya
walau pun sepuluh tahun kita biarkan.
03.Sesuatu yang kita meminatinya,kita akan terus memberikan tumpuan
pada apa yang kita dengar,baca,menulis dan berkata kata,kecuali kita tidak
meminatinya maka kita akan abaikannya.
04.Mustahil seseorang itu tidak tahu hendak memulakan percakapan yang
mengikut perasaan didalam hatinya,kerana apabila ia setiap perkataan
itu akan lahir dari hati dan perasaannya.
04.Orang yang sombong tidak suka ia diajar atau disuruh melakukan sesuatu
walaupun perkara itu mendatangkan kebaikan padanya,justeru,ia akan
tetap menjadi sombong dan bodoh.
05.Setiap perubahan yang kita buat,akan menampakkannya walau pun ia
hanya memberi isyarat dengan tangan,apatah lagi jika ia berkata kata,
kerana jika ia baik,maka ia akan berkata yang baik,jika ia masih tidak
berubah,maka ia tetap dengan cara lamanya.
06.Andai kita mendengar atau membaca sesuatu,dan kita tersinggung
dengan apa yang kita dengar dan baca,maka itu bermakna kita mempunyai
sikap yang seperti kita dengar dan baca.
07.Orang yang benci pada setiap nasihat,umpama sibuta membuang
tongkatnya,orang yang benci pada tunjuk ajar dan sukar untuk menerima
setiap ajaran,umpama sipekak mendengar guruh.
08.Orang yang sentiasa mahukan dirinya menjadi baik,ia tidak akan ulang
setiap kesilapannya,tetapi ia akan sentiasa berhati hati dalam setiap apa
yang ia lakukan,dan apa yang telah ia tinggalkan bagai tanggal isi dan kuku.
09.Kelmarin adalah permulaan,hari ini adalah perjalanan,esok mungkin
penamat,jadi,sebelum bermula sediakan lah bekalan,kerana hari ini bukan
menjanjikan sesuatu,dan hari esok pula adalah kepastian.
10.Selagi kita tidak mencuba,selagi itu kita menjadi tidak yakin dengan
diri sendiri,keyakinan akan hadir dalam diri apabila sikap ingin memcuba
menjadi keazaman buat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan