Ahad, 11 September 2011

BILA SAYANG BERUBAH BENCI,MACAM API DITIUP ANGIN,

01.Jangan cuba memendam perasaan andai ada orang yang dapat 
diluahkan,dan jangan diluahkan perasaan pada orang yang tiada perasaan,
kerana,jika perasaan dipendam kita akan menjadi pendendam,dan pula
jika diluahkan pada orang yang tiada perasaan,kita akan mudah terasa.


02.Andai dikanan kamu ada yang baik,mungkin dikiri kamu itu lebih baik,
andai semalam kamu baik,mungkin esoknya adalah lebih baik.


03.Jangan memandang sesuatu dengan umpatan,tetapi pandanglah sebagai
tauladan,jangan mendengar sesuatu dengan penbohongan,tetapi dengarlah
sebagai peringatan.


04.Jika kita tidak yakin dengan apa yang kita akan lakukan,maka kita tidak
yakin pada diri kita,bila hilangnya keyakinan pada diri kita,lalu secara
dalamnya kita tidak yakin dengan ketentuan ALLAH.


05.Jika ada kebaikan dihadapan,manusia akan lebih suka jika masa dapat 
dipercepatkan,jika keburukan yang ada dihadapan,maka manusia akan 
suka jika waktu tak berganjak.


06.Sekali kamu lakukan kesilapan,seribu tahun belum tentu kamu dapat
membetulkannya,sedikit kamu melakukan kebaikan belum pasti dapat
menutup kesilapan kamu kelmarin.


07.Putusnya tali bila dipotong bukan kerana tajamnya pisau,tetapi kerana 
cara nya memotong,tenggelamnya paku bila dipahat bukan kerena tajam
nya paku,tetapi kerana bijak memahat.


08.Belajar semasa kecil umpama memahat dibatu,menulis diatas air
umpama belajar dihari tua.


09.Akhlak adalah layar,Iman adalah bahtera,kita adalah nakhodanya,
andai layar tidak berkembang,kita akan sesat haluan,andai bahtera tidak
kukuh kita akan tenggelam,kerena badai adalah dugaan dan ujian.


10.Jika dunia ini untuk kamu,maka akhirat adalah rumah mu,maka carilah
perhiasan untuk rumah mu nanti,andai akhirat untuk mu,maka dunia 
adalah ladangmu,maka carilah kesenangan untuk akhiratmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan