![]() |
| Bagaikan semut kita didunia Ilahi |
hawa nafsunya,mencari dan memenuhui kepuasan,terasa bagaikan tiada penamat dan nohtah,
hari hari yang berlalu berkumpul berhimpun bersepakat untuk menyanggah sesuatu yang
dinamakan kebenaran,bertepuk sorak dengan bingitnya apabila ada diantara mereka yang
berani mengatakan dunia ini hak kita,kita dapat menguasainya,jangan biarkan orang lain
membawa kebenaran,takut takut nanti kita akan hilang apa yang kita ada dan yang kita cari.
Bertanya salah seorang dari mereka yang tidak paham maksud sebenar,katanya,"Kamu
mahu menentang siapa..?kamu mahu aku menyokong kamu untuk menentang siapa....?"
lalu jawapan yang diberi,"Kamu jangan banyak soal,kamu ikut dan buat saja apa yang kami
suruh,nanti kami akan berikan pada kamu habuannya nanti,besar habuannya.buat saja",
Jawapan itu mematikan suatu hasrat yang terpingga pingga kerana masih belum paham,
namun dalam seribu persoalan,dilakukan juga apa yang disarankan kerana terbayang akan
janji janji imbuhan yang akan diperolehinya nanti.
Berbagai bagai dakyah dan pengaruh disematkan dalam diri yang Jahil merakap dalam
hal hal kebenaran,mereka dipesong oleh akal akal yang mementingkan diri sendiri,kroni
kroni yang disayangi,didalam sebuah bilik berukuran 20'x20',mempunyai 10 buah kerusi
dan sebuah meja bulat,mereka berbincang,mereka menyusun trategi yang amat busuk
sebagai bahan mengaut keuntungan dikalangan mereka,berhari hari,berbulan bulan,
malah bertahun tahun mereka menyusun plan tindakan mereka.
Sehingga sampai waktunya,mereka mengunakan pengaruh yang luas sebagai medan
yang wajib bagi mereka menyebarkan niat buruk mereka,dalam sebaran itu,ada yang
melihat dan ada yang mendengar,penuh keyakinan dan bersungguh sungguh mempertahan
kan hak yang mereka miliki selama ini,"Ingat..jangan sampai mereka yang mengambil
tempat kita,,kalau lah meraka dapat..mampos kita,semua rahsia kita akan terbongkar.."
nampak sangat ketakutan yang mereka selindungkan selama ini.
Yang menghairankan,ada dikalangan mereka sangat taksub dengan apa yang mereka
miliki,walau pun jelas tampak kepincangannya dan kemungkarannya,namun mereka masih
juga turut bersama mempertahankan kekayaan orang lain,padahal,apa yang mereka dapat
hanyalah sedikit cebisan dari harta harta yang melimpah ruah,"Ahhh....mereka lah yang
memberi anak anak kami kerja,memberi rezeki pada kami,tengoklah...negeri kami mana ada
yang miskin dan susah.."Masyaallah..sampai macam tu sekali sanjungan yang diberi.
Mereka kata pada kita,"Agama apa yang kamu bawakan pada kami...kalau setakat nak
kami bersama kamu hanya dengan berulang alik ke Masjid dan berwirid diatas sejadah....
lebih baik kamu balik sajalah,kamu bukan boleh memberikan kekayaan pada kami,sudah lah...
kita sama Agama,sembahyang kamu sama dengan kami,puasa,zakat,dan lainnya sama saja,
balik lah...kami tidak akan bersetongkol dengan kamu dengan perjuangan kamu yang salah".
Melihat dari sepotong Hadis Rasulullah S.A.W,"Bukan dari kalangan Umat ku mereka
yang berjihad dan berjuang selain dari Agama Allah",terang dan jelas apa yang diperkatakan,
betapa solat mereka,puasa mereka,zakat mereka,haji mereka hanya sia sia oleh sebab sedikit
saja penolakan mereka tentang apa yang disampaikan didalam Al-Quran dan Sunnah,Bagi kita,
kita sentiasa menang disisi Allah,kita kalah disisi manusia kerana kekayaan duniawi,namun
ada suatu janji yang amat besar dari Allah pada kita,cuma terpulang pada kita mendapatkannya.
Kata mereka:"Kita lawan habis habisan,jangan biarkan HUDUD menjadi undang undang
dalam dunia kita,Hudud tak sesuai dengan kita,kalau mereka ingat semua yang baik pada
mereka,kenapa mereka tidak jalankan didalam dunia mereka,semuanya auta...penipu..munafik",
Allahu akbar..Allahu akbar...Allahu akbar.....sepintas lalu mereka mengatakan bahawa mereka
juga seAgama dengan kita,dan hari ini mereka menentang kita dan menolok hukum hukum
Allah yang WAJIB bagi mereka melaksanakannya kerana mereka adalah pendokong segala
isi didalam tanah pusaka ini,apa yang telah membekukan hati hati mereka ini.
Terlalu peribadi mereka melihat dalam kumpulan kita,mereka tidak sama sekali melihat
pada DASAR yang sebenarnya,ditanah Arab,tanah kelahiran Roh roh yang MULIA,juga
terdapat pencuri dan penjenayah,bukan semuanya kelihatan baik,akan tetapi,bukan pada
penghuninya yang patut dilihat,akan tetapi lihat lah pada kesucian tanah pusakanya,jangan
kerana didalamnya ada pencuri,lalu kita mengatakan Negara Islam itu negara yang kotor dan
tidak boleh dijadikan contoh,sekurang kurangnya,mereka ada juga menegakkan hukum Allah,
tetapi kita disini..?Ulama dicaci dimaki,dihina dikeji.
Saudara ku...keluarlah..beranilah...tegakkan lah....tentanglah...lawanlah mereka mereka
yang ingin meruntuhkan SYIAR ISLAM,jangan kita menanti akan saat nafas dipenghujung
baru kita sedar akan kesilapan kita,semua yang kamu cari dimuka bumi ini dengan kerana
nafsu dan tamak,sedikit pun tidak akan dapat membantu mu untuk menjawab dan memberi
alasan pada setiap pertanyaan dari Rabbul Jalil di sana nanti,jangan biarkan mereka semua
menzalimi AGAMA ALLAH dengan menolak AL-QURAN dan SUNNAH,tapi biar lah mereka
dengan kehidupan mereka yang bodoh.
Ingatlah,sedikit pun Allah tidak merasa rugi dengan apa yang mereka kerjakan,sebaliknya,
Allah telah menyediakan bagi mereka Azab yang Amat Pedih di Akhirat nanti,pada kita,jangan
mudah merasakan kesusahan apabila kita miskin disini,kerana tempat kita sebenarnya adalah
disana,dimana kita akan kekal abadi bersama Nabi nabi dan para Solehin,semoga apa yang kita
perjuangkan selama ini akan mendapat REDHA Allah dan mendapat keberkatan,dan jangan
berpuashati dengan apa yang kita miliki dari kemenangan sekecil ini,malah kita masih ada lagi
satu perjuangan yang lebih besar,iaitu menghadapi kematian dan hari pembalasan,Wallahualam.

.jpg)