Ahad, 13 Mei 2012

Najib Kata Haram Jadah Kepada Peneroka FELDA Yang Tak Setuju Dengan FGVH

 Bukan orang lain yang 
kata,tetapi orang yang mereka pilih dan sanjung selama ini,namun ketebalan hati mereka yang
dahagakan keduniaan sedikit pun tidak merasa ianya satu tamparan bagi mereka,mereka merasa
seolah olah itu semua satu senda gurau yang dilemparkan oleh pemimpin mereka,ini lah yang 
dikatakan "biar rambut putih asal jangan berhenti berinai,kelak sentiasa kelihatan muda",apakah
usia mereka boleh ditambah.?apakah kekuatan tenaga mereka makin kuat,kalau ya pun pada
mereka,tetapi,Bumi Allah semakin tua dan semakin lemah,pasti satu hari nanti mereka akan sedar
betapa semua yang mereka cari selama ini adalah pendorong kepada Neraka,kecuali mereka
segera Insaf dan Bertaubat atas segala kesilapan yang mereka lakukan,Takbir...ALLAHU
AKHBAR...ALLAHU AKHBAR..ALLAHU AKHBAR...

Isnin, 9 April 2012

BILA DUNIA SEMAKIN TUA

Bagaikan semut kita didunia Ilahi
      Tatkala dunia sibuk dengan kemelutnya,manusia semakin ganas dan rakus mengikut
hawa nafsunya,mencari dan memenuhui kepuasan,terasa bagaikan tiada penamat dan nohtah,
hari hari yang berlalu berkumpul berhimpun bersepakat untuk menyanggah sesuatu yang
dinamakan kebenaran,bertepuk sorak dengan bingitnya apabila ada diantara mereka yang
berani mengatakan dunia ini hak kita,kita dapat menguasainya,jangan biarkan orang lain
membawa kebenaran,takut takut nanti kita akan hilang apa yang kita ada dan yang kita cari.


      Bertanya salah seorang dari mereka yang tidak paham maksud sebenar,katanya,"Kamu
mahu menentang siapa..?kamu mahu aku menyokong kamu untuk menentang siapa....?"
lalu jawapan yang diberi,"Kamu jangan banyak soal,kamu ikut dan buat saja apa yang kami
suruh,nanti kami akan berikan pada kamu habuannya nanti,besar habuannya.buat saja",
Jawapan itu mematikan suatu hasrat yang terpingga pingga kerana masih belum paham,
namun dalam seribu persoalan,dilakukan juga apa yang disarankan kerana terbayang akan
janji janji imbuhan yang akan diperolehinya nanti.


      Berbagai bagai dakyah dan pengaruh disematkan dalam diri yang Jahil merakap dalam
hal hal kebenaran,mereka dipesong oleh akal akal yang mementingkan diri sendiri,kroni
kroni yang disayangi,didalam sebuah bilik berukuran 20'x20',mempunyai 10 buah kerusi
dan sebuah meja bulat,mereka berbincang,mereka menyusun trategi yang amat busuk
sebagai bahan mengaut keuntungan dikalangan mereka,berhari hari,berbulan bulan,
malah bertahun tahun mereka menyusun plan tindakan mereka.


      Sehingga sampai waktunya,mereka mengunakan pengaruh yang luas sebagai medan
yang wajib bagi mereka menyebarkan niat buruk mereka,dalam sebaran itu,ada yang 
melihat dan ada yang mendengar,penuh keyakinan dan bersungguh sungguh mempertahan
kan hak yang mereka miliki selama ini,"Ingat..jangan sampai mereka yang mengambil
tempat kita,,kalau lah meraka dapat..mampos kita,semua rahsia kita akan terbongkar.."
nampak sangat ketakutan yang mereka selindungkan selama ini.


       Yang menghairankan,ada dikalangan mereka sangat taksub dengan apa yang mereka
miliki,walau pun jelas tampak kepincangannya dan kemungkarannya,namun mereka masih
juga turut bersama mempertahankan kekayaan orang lain,padahal,apa yang mereka dapat
hanyalah sedikit cebisan dari harta harta yang melimpah ruah,"Ahhh....mereka lah yang
memberi anak anak kami kerja,memberi rezeki pada kami,tengoklah...negeri kami mana ada
yang miskin dan susah.."Masyaallah..sampai macam tu sekali sanjungan yang diberi.


       Mereka kata pada kita,"Agama apa yang kamu bawakan pada kami...kalau setakat nak
kami bersama kamu hanya dengan berulang alik ke Masjid dan berwirid diatas sejadah....
lebih baik kamu balik sajalah,kamu bukan boleh memberikan kekayaan pada kami,sudah lah...
kita sama Agama,sembahyang kamu sama dengan kami,puasa,zakat,dan lainnya sama saja,
balik lah...kami tidak akan bersetongkol dengan kamu dengan perjuangan kamu yang salah".


       Melihat dari sepotong Hadis Rasulullah S.A.W,"Bukan dari kalangan Umat ku mereka
yang berjihad dan berjuang selain dari Agama Allah",terang dan jelas apa yang diperkatakan,
betapa solat mereka,puasa mereka,zakat mereka,haji mereka hanya sia sia oleh sebab sedikit
saja penolakan mereka tentang apa yang disampaikan didalam Al-Quran dan Sunnah,Bagi kita,
kita sentiasa menang disisi Allah,kita kalah disisi manusia kerana kekayaan duniawi,namun
ada suatu janji yang amat besar dari Allah pada kita,cuma terpulang pada kita mendapatkannya.


      Kata mereka:"Kita lawan habis habisan,jangan biarkan HUDUD menjadi undang undang
dalam dunia kita,Hudud tak sesuai dengan kita,kalau mereka ingat semua yang baik pada
mereka,kenapa mereka tidak jalankan didalam dunia mereka,semuanya auta...penipu..munafik",
Allahu akbar..Allahu akbar...Allahu akbar.....sepintas lalu mereka mengatakan bahawa mereka
juga seAgama dengan kita,dan hari ini mereka menentang kita dan menolok hukum hukum
Allah yang WAJIB bagi mereka melaksanakannya kerana mereka adalah pendokong segala
isi didalam tanah pusaka ini,apa yang telah membekukan hati hati mereka ini.


      Terlalu peribadi mereka melihat dalam kumpulan kita,mereka tidak sama sekali melihat
pada DASAR yang sebenarnya,ditanah Arab,tanah kelahiran Roh roh yang MULIA,juga 
terdapat pencuri dan penjenayah,bukan semuanya kelihatan baik,akan tetapi,bukan pada 
penghuninya yang patut dilihat,akan tetapi lihat lah pada kesucian tanah pusakanya,jangan
kerana didalamnya ada pencuri,lalu kita mengatakan Negara Islam itu negara yang kotor dan
tidak boleh dijadikan contoh,sekurang kurangnya,mereka ada juga menegakkan hukum Allah,
tetapi kita disini..?Ulama dicaci dimaki,dihina dikeji.


      Saudara ku...keluarlah..beranilah...tegakkan lah....tentanglah...lawanlah mereka mereka
yang ingin meruntuhkan SYIAR ISLAM,jangan kita menanti akan saat nafas dipenghujung
baru kita sedar akan kesilapan kita,semua yang kamu cari dimuka bumi ini dengan kerana
nafsu dan tamak,sedikit pun tidak akan dapat membantu mu untuk menjawab dan memberi
alasan pada setiap pertanyaan dari Rabbul Jalil di sana nanti,jangan biarkan mereka semua
menzalimi AGAMA ALLAH dengan menolak AL-QURAN dan SUNNAH,tapi biar lah mereka
dengan kehidupan mereka yang bodoh.


      Ingatlah,sedikit pun Allah tidak merasa rugi dengan apa yang mereka kerjakan,sebaliknya,
Allah telah menyediakan bagi mereka Azab yang Amat Pedih di Akhirat nanti,pada kita,jangan
mudah merasakan kesusahan apabila kita miskin disini,kerana tempat kita sebenarnya adalah
disana,dimana kita akan kekal abadi bersama Nabi nabi dan para Solehin,semoga apa yang kita
perjuangkan selama ini akan mendapat REDHA Allah dan mendapat keberkatan,dan jangan
berpuashati dengan apa yang kita miliki dari kemenangan sekecil ini,malah kita masih ada lagi
satu perjuangan yang lebih besar,iaitu menghadapi kematian dan hari pembalasan,Wallahualam.





Jumaat, 6 April 2012

RUYUNGNYA PECAH,SAGUNYA MUSNAH.

       Dulu...katanya:"Saya akan penuhi apa yang saya janjikan...tuan tuan
puan puan jangan risau...selagi saya diberi kuasa,saya akan membela
nasib semua...",tersenyum lebar setiap jiwa yang terpedaya,masing 
masing pandang memandang sesama sendiri dan mengangguk kepala
tanda ianya benar,diwarung warung,dijalanan,membicarakan janji janji
semalam,bagaikan akan hilang dahaga seribu tahun.


       Kali ini adalah kali yang ke-4 dari 16 tahun,namun tidak sedikit pun
timbul keperitan dalam hati yang tersemat dengan kerakusan duniawi,
ada juga suara yang begitu yakin,mungkin mereka sudah banyak yang
mendapat imbuhan,"Kita kena percaya...kalau kita tidak memberi pada
mereka sokongan padu..macam mana mereka nak bantu kita....kalau
dulu boleh jadi mereka baru..sekarang dah lama mereka pegang tampok",


      Keringat yang mengalir sambil membersih kawah masak gulai lembu
dara yang diberikan oleh hamba yang prihatin menjamu ratusan orang
yang mengagongkan sesama mereka,merasa amat sejuk dengan kata
kata pembantu kanan,ketawa terbahak bahak yang diatas kerusi merah
pemberian dari subsidi tahun 80an dulu,berkepul kepul asap rokok
dihembus dari mulut yang mengharap sesuatu yang berharga.


      Kebodohan apakah semua ini,menolak yang hakiki tentang kehidupan,
membantah melampau lampau kebangkitan sejarah Nabi Nabi,tampak
tiada kebenaran langsung diwajah mereka tentang kemusnahan dan
hari kebangkitan,sayang sangat dengan kerugian duniawi,sayang 
teramat sangat dengan penipuan sebelum ini dan hari ini,sungguh rugi
dan amat merugi bagi mereka yang tidak suka bersama dengan para
pewaris Nabi,apa kah yang telah menambat dan memahat hati mereka
sehingga terang terangan menolak,bukan itu saja malah ada yang benci.


     "Kami tak pernah meninggalkan perjuangan kami...biar apa pun yang
terjadi kami tetap dengan keputusan kami....dari 7 keturunan kami,kami
setia dan sedia memberi apa saja kepada orang yang memberi kami makan
dan minum",satu noktah penamat yang diberi,terlalu berani menafikan
kebenaran Pencipta mereka,Pentadbir Alam Semesta ini,berbulu mata yang
memandang simbol penarikan pihak lawan,jijik,kotor dan berbagai lagi.


     Nantilah kamu,nantilah akan soal jawab,carilah seribu alasan untuk
dibentangkan nanti,jika mampu..syafaat apakah yang akan diperolehi
lagi selain Syafaat Muhammad Rasulullah S.A.W,hari ini,jangan lagi 
menanti janji janji mereka,sedangkan Pencipta mu telah menjanjikan
seribu impian buat kamu,hadapkan lah diri dan wajah mu pada mereka
yang mendokong kebenaran,jangan melihat pada peribadi,tetapi lihat
lah pada dasarnya.mungkin disitu ada jawapan buat kamu.
        


        


       

Rabu, 4 April 2012

BILA MELAYU SUDAH MULA PAKAI SELUAR

Dalaman hati manusia penuh keinginan yang
terlalu kuat mengejar yang bukan punya hak.
Yang ditangan digenggam rapat,sukar bagi-
nya menghulur pada yang perlu,yang dikejar
tak putus putus keringat,tidak merasa puas
menghentak kaki berjalan berlari mencari
dan terus mencari,bagaikan tiada titik akhir
di hadapan menanti,Sesegar dedaunan yang
menghijau,merasakan embun pagi bisa terus
memberi kesegaran berpanjangan,lupa akan
kekeringan yang bakal dihadapi,lupa pada
asal usul kedatangan,meredah berbagai liku
kehidupan semata mata kerana kerakusan nafsu,ada ketika terserempak dengan koma koma dekat kematian,namun di ingatan masih segar bugar apa yang belum tercapai,di sana
satu jongkong emas menanti,di sana ada jutaan ringgit membukit,Kejar lah oleh mu,kejar lah,
tiada siapa yang akan menghalang mu,kecuali nanti lah oleh mu satu titik di mana kamu
sedar semuanya itu adalah sementara,Jaras jaras kosong yang telah dianyam bersedia
untuk dipenuhkan dengan kemaruk nafsu,Tumpah kan lah sedikit oleh mu dari apa yang
kamu dapat pada mereka mereka yang menadah dibawah,jangan hanya membesarkan lagi
perniagaan dan penipuan dari kroni mu,sedikit dari kebakhilan mu tidak bisa mendorong
kamu mencapai satu harapan orang yang beriman iaitu keredhaan Allah,kamu mamah lah
dari tulang tulang yang mati kelaparan dek kerana sikap Ego yang kamu pelihara dan
jaga selama hidup kamu.pasti satu masa nanti semua itu akan memamah diri mu sendiri,
Kemampuan kamu bukan kemampuan mereka yang lemah,sungguh kamu bermula dari
bawah,tetapi bukan bermakna kamu mesti menyanggah peminta sedekah,sungguh kamu
ada kuasa menyinis,tetapi bukan pada pengemis,sungguh kamu cukup berhektar hektar
tanah,tetapi bukan pada mereka yang susah,sungguh kamu tidak pernah menjamah kepala
ikan masin,tetapi tidak pada yang miskin,sumpah seranah dari mereka yang berputus asa
mengharap ihsan dari kamu,bertubi tubi menghujani kehidupan mu,biarkan semua yang
kamu milik tanpa membahagi bahagi pada jalan Allah itu menjadi kayu yang akan jadi
bahan membakar diri mu nanti.



Sabtu, 24 September 2011

WAKTU AKAN BERULANG,MASA TETAP TIDAK BERULANG

01.Kali pertama kita lalui pada satu jalan adalah percubaan,kali kedua kita 
lalui adalah pembetulan atas kesilapan,kali ketiga kita lalui adalah kerana 
rasa tidak puas hati,pada kali ke empatnya adalah membunuh diri.


02.Berfikir tentang kejahatan sebagai peringatan,adalah lebih baik dari
berfikir tentang kebaikan tetapi tidak melakukannya.


03.Belajar tetapi tidak pandai adalah lebih baik dari tidak belajar langsung,
mencuba tetapi gagal adalah lebih baik dari tidak mencuba,biar kalah dalam
pertandingan dari menang cara menipu.


04.Kejayaan tidak akan dapat jika tidak bersama kesungguhan,pengalaman 
tidak akan diperolehi seandai tidak berani menghadapi dugaan,tanpa kegagalan
bukan bererti sudah cukup bijak.


05.Apabila kita tidak yakin dengan sesuatu usaha yang kita lakukan untuk
mendapat kejayaan,maka kita tidak yakin akan kebesaran Allah,kerana
setiap keputusan dalam usaha kita adalah dari Allah.


06.Jadikan lah akal sebagai khalifah dalam diri,cuba banyak kan dermakan budi
dari banyak termakan budi,sekali berbudi seribu tahun dikenang,sekali
termakan budi seribu tahun belum terbalas.


07.Ilmu umpama benih ditangan,selagi kita menanamnya selagi itu akan dapat
hasil,jika dibiarkan,ia akan kering dan kontang,jika dibajai dan dijaga ia
akan sentiasa subur dan sihat.


08.Jangan menegur keburukan orang,jika kita seburuk mereka,jangan menegur
kesilapan orang jika kita sendiri sering berbuat silap,perbetulkan diri kita
sebelum membetulkan orang lain.


09.Pandang dahulu sebelum mengenali,dengar dahalu sebelum menilai,
biar jelas dalam pandangan,biar terang dalam pendengaran,jangan
meneka dalam kesamaran,bimbang fitnah yang mendatang.


10.Kegagalan pertama kesilapan,kegagalan kedua,pengajaran,kegagalan
ketiga pengalama,dan tidak ada lagi kegagalan kali keempat,kerana itu bukan 
lagi kegagalan tetapi kelemahan.



Khamis, 22 September 2011

MENANTI SEBUAH JANJI PEMBESAR


Kasihan mereka,luasnya dunia ini namun mereka masih dalam kesempitan,mengapa
tiada ruang langsung pada mereka,sungguh pun taburan rezeki dimuka bumi ini ada
yang belum diterokai,namun keupayaan mereka terkawal oleh kerakusan nafsu yang
dahagakan keagongan,takut hilang sanjungan,bimbang akan jatuh kedudukan,lantas
yang dibawahlah yang menjadi sasaran,satu penggal ke satu penggal,namun tiada pun
menampakan perubahan.apakah dunia ini hanya memerlukan sanjungan.

Kasihan mereka,turun dari segenap pelusuk menunaikan kewajipan demi janji janji
yang indah,memilih satu takhta untuk yang pernah berjanji,meninggalkan sepenanak
nasi demi menaruh harapan,mengendung warisan dalam peritan mentari dan kuyup
nya dek hujan pagi,melaungkan selogan kemenangan dan senandung masa depan,
sebuah bukit yang tinggi,nun disana tempat kamu nanti,itulah patah bicara siburung
rajawali,si pipit mendongak dengan penuh impian mengutip bijirin dari lebihan.

Kasihan mereka,siang tetap siang,malam bagaikan siang,tinggal kewajipan nafkah
pada suri dirumah,meninggalkan nafkah batin terhadap dengkuran pelindung rumah
tangga,demi kerana satu impian palsu,bising suara suara kelaparan,air maneral botol
kecil dijadikan suapan mengantikan susu,mengheret waktu dibawah pondok kecil
yang tidak menjanjikan keselamatan mutlak.

Kasihan mereka,hari ini harapan mereka hanya tinggal harapan,penantian mereka kian
luntur,beralih angin pada kekuasaan yang Maha Esa,satu haluan dalam satu lajnah,
berpegang pada satu kesimpulan yang abadi,mereka tetap dengan keringat mereka,
tidak lagi mengharap dan menanti kata kata bak puisi,dari janji yang tidak ada sudahnya,
bagi mereka apa guna menanti sebuah janji PEMBESAR.

Rabu, 21 September 2011

SEMALAM YANG TIADA MIMPI

01.Perkara yang berlalu,ada ketikanya patut kita imbas kembali,jika ianya
baik,jadikan contoh,jika ianya keburukan,jadikan sebagai pengajaran,
kerana masa yang dihadapan,belum kita tahu kesudahannya.


02.Beradalah dalam diri sesaorang sebelum kita cuba mengatakan
sesuatu padanya,kerana mungkin apa yang akan kita katakan itu
akan menyinggung perasaannya.


03.Terkadang tahap kerisauan pada orang yang kita cintai,akan melebihi
dari pada tahap kerinduan,maka jangan lah membuat ianya menjadi
risau kelak akan hilang kerinduannya.


04.Mengagak adalah satu yang belum pasti,menuduh adalah satu
perkara yang tidak pasti,akan ada masanya apa yang kita andaikan
itu akan berubah dalam sekelip mata.


05.Jika ada orang mencintai dan menyayangi kita,lihatlah dulu pada
apakah yang ia cintai dan sayangi dari kita,jangan sampai masanya
nanti kita mula menyesal menerima cintanya.


06.Menerima nasihat bukan bermakna boleh terus mengikutinya,
memberi nasihat bukan bermakna ianya akan terus berkesan,
kerana hati manusia dikuasai oleh kesombongan.


07.Jangan kita berfikir bahawa setiap tindakkan yang kita akan
lakukan akan terus berjaya,kerana ditengah tengahnya mempunyai
sesuatu yang kita sendiri tidak tahu dan memastikannya.


08.Setiap kejahatan amat sukar untuk menerima kebaikkan,tetapi
tidak pula pada kebaikan,kerana setiap yang baik itu amat mudah
untuk menjadi jahat dan susah untuk berbuat kebaikan.


09.Andai hidup kita tidak ada dugaan,maka kita tidak akan mendapat
pengajaran,untuk mendapat apa yang terbaik bagi kita,perlulah
kita menanam ketabahan dalam hati untuk menerima setiap ujian dan dugaan.


10.Mencari sesuatu yang hilang dari pandangan adalah perkara sukar,
tetapi ada sesuatu yang kita tidak dapat memandangnya,tetapi mudah
untuk kita memiliki dan mencarinya iaitu Ilmu.