01.Perkara yang berlalu,ada ketikanya patut kita imbas kembali,jika ianya
baik,jadikan contoh,jika ianya keburukan,jadikan sebagai pengajaran,
kerana masa yang dihadapan,belum kita tahu kesudahannya.
02.Beradalah dalam diri sesaorang sebelum kita cuba mengatakan
sesuatu padanya,kerana mungkin apa yang akan kita katakan itu
akan menyinggung perasaannya.
03.Terkadang tahap kerisauan pada orang yang kita cintai,akan melebihi
dari pada tahap kerinduan,maka jangan lah membuat ianya menjadi
risau kelak akan hilang kerinduannya.
04.Mengagak adalah satu yang belum pasti,menuduh adalah satu
perkara yang tidak pasti,akan ada masanya apa yang kita andaikan
itu akan berubah dalam sekelip mata.
05.Jika ada orang mencintai dan menyayangi kita,lihatlah dulu pada
apakah yang ia cintai dan sayangi dari kita,jangan sampai masanya
nanti kita mula menyesal menerima cintanya.
06.Menerima nasihat bukan bermakna boleh terus mengikutinya,
memberi nasihat bukan bermakna ianya akan terus berkesan,
kerana hati manusia dikuasai oleh kesombongan.
07.Jangan kita berfikir bahawa setiap tindakkan yang kita akan
lakukan akan terus berjaya,kerana ditengah tengahnya mempunyai
sesuatu yang kita sendiri tidak tahu dan memastikannya.
08.Setiap kejahatan amat sukar untuk menerima kebaikkan,tetapi
tidak pula pada kebaikan,kerana setiap yang baik itu amat mudah
untuk menjadi jahat dan susah untuk berbuat kebaikan.
09.Andai hidup kita tidak ada dugaan,maka kita tidak akan mendapat
pengajaran,untuk mendapat apa yang terbaik bagi kita,perlulah
kita menanam ketabahan dalam hati untuk menerima setiap ujian dan dugaan.
10.Mencari sesuatu yang hilang dari pandangan adalah perkara sukar,
tetapi ada sesuatu yang kita tidak dapat memandangnya,tetapi mudah
untuk kita memiliki dan mencarinya iaitu Ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan