Ahad, 11 September 2011

ANDAI HIDUP BANYAK BERBUDI,BAGAI PADI TUNDUK BERISI

ASLAMUA'LAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


01.Untuk mengetahui sesuatu kita kena belajar,untuk memahami sesuatu 
kita kena bertanya,untuk menghayati sesuatu kita kena mengamalkannya,
bertanya adalah induk pada ILMU,mustahil kita tidak tahu nak bertanya
pada sesuatu yang kita nak tahu,dan jika kita tidak tahu nak bertanya
tentang apa yang kita tak tahu,maka kita akan sentiasa sesat.


02.Jadikanlah akal sebagai khalifah dalam diri,jadikan hati sebagai
penghulu,jadikan nafsu pengikut pada keputusan akal dan hati.


03.Selagi mana kita memerlukan dunia,selagi itu kita akan mengejar pada
keduniaan,dan selagi kita memerlukan akhirat,selagi itu lah kita akan
mengejar kearah akhirat,jika kita memerlukan keduanya,maka kita akan
mengejarkan kedua duanya.


04.Perbanyakkan lah mendermakan budi,daripada banyak termakan budi,
sehari termakan budi setahun tidak berbalas,sehari dermakan budi seribu
tahun akan terbalas.


05.Berfikir untuk menghadapi sebarang kemungkinan,adalah lebih baik
dari menghadapi kemungkinan,kerana sebarang kemungkinan itu ada
diantaranya kita tidak mampu menghadapinya.


06.Bila kita menulis,kita akan dapat tahu akan kesilapan dalam tulisan kita,
dan kita boleh memadamnya,tetapi bila kita berkata kata,dan kita sedar dan
tahu kesilapannya,maka kita tidak boleh memadamnya.


07.Setinggi mana pun ILMU yang kamu ada,kamu masih bodoh jika tidak
dimanfaatkan,dan serendah rendah ILMU kamu,kamu akan jadi pandai
jika kamu mempejalarinya,


08.Setiap apa yang kita lafazkan,ianya keluar dari hati kita,maka berhati
hatilah ketika hendak berkata kata,mungkin sesuatu ayat yang kita lafazkan
itu akan memakan diri kita sendiri,kerana hati dan lidah itu adalah rakan
sehaluan.


09.Andai ada sesuatu perkara kita ingin ubah,maka segerakanlah mengubahnya,jangan lah ditunggu akan masanya,kelak kita tetap tidak
berubah,dan sekiranya ia amat berat bagi kita untuk mengubahnya,itu
bermakna kita masih suka lagi dalam keadaan begitu,dan pasti kita akan 
mengulaginya lagi.


10.Orang yang bijak akan berkata apa yang dia tahu dan belajar apa yang dia tidak tahu,orang yang berilmu akan berkata perkara yang boleh 
dimanfaatkan dan belajar untuk menfaatkan ilmunya,orang yang arif akan
berkata yang perlu dan belajar apa saja yang perlu.


11.Kita akan menjadi baik selagi kita tidak menyukai kejahatan,kita tidak 
akan menjadi jahat selagi kita suka pada kebaikan,tetapi kita sudah dikira amat baik kerana tidak melakukan kejahatan,sebaliknya kita dikira jahat
jika kita menyukai kejahatan walaupun kita tidak melakukannya.


12.Ada satu perkara yang membuat kita lupa pada kematian,iaitu kita lupa pada dosa dosa kita,kerana sekiranya kita takut pada kematian,maka kita
akan sentiasa mengigati dosa.


13.Orang yang pandai,dia tidak mengunakan kebodohan orang lain untuk
serlahkan kepandaiannya,sebaliknya dia akan mendampingi orang yang
lebih pandai,dan orang yang bodoh akan tersembunyi kebodohannya bila
ia mendampingi orang yang pandai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan