Rabu, 4 April 2012

BILA MELAYU SUDAH MULA PAKAI SELUAR

Dalaman hati manusia penuh keinginan yang
terlalu kuat mengejar yang bukan punya hak.
Yang ditangan digenggam rapat,sukar bagi-
nya menghulur pada yang perlu,yang dikejar
tak putus putus keringat,tidak merasa puas
menghentak kaki berjalan berlari mencari
dan terus mencari,bagaikan tiada titik akhir
di hadapan menanti,Sesegar dedaunan yang
menghijau,merasakan embun pagi bisa terus
memberi kesegaran berpanjangan,lupa akan
kekeringan yang bakal dihadapi,lupa pada
asal usul kedatangan,meredah berbagai liku
kehidupan semata mata kerana kerakusan nafsu,ada ketika terserempak dengan koma koma dekat kematian,namun di ingatan masih segar bugar apa yang belum tercapai,di sana
satu jongkong emas menanti,di sana ada jutaan ringgit membukit,Kejar lah oleh mu,kejar lah,
tiada siapa yang akan menghalang mu,kecuali nanti lah oleh mu satu titik di mana kamu
sedar semuanya itu adalah sementara,Jaras jaras kosong yang telah dianyam bersedia
untuk dipenuhkan dengan kemaruk nafsu,Tumpah kan lah sedikit oleh mu dari apa yang
kamu dapat pada mereka mereka yang menadah dibawah,jangan hanya membesarkan lagi
perniagaan dan penipuan dari kroni mu,sedikit dari kebakhilan mu tidak bisa mendorong
kamu mencapai satu harapan orang yang beriman iaitu keredhaan Allah,kamu mamah lah
dari tulang tulang yang mati kelaparan dek kerana sikap Ego yang kamu pelihara dan
jaga selama hidup kamu.pasti satu masa nanti semua itu akan memamah diri mu sendiri,
Kemampuan kamu bukan kemampuan mereka yang lemah,sungguh kamu bermula dari
bawah,tetapi bukan bermakna kamu mesti menyanggah peminta sedekah,sungguh kamu
ada kuasa menyinis,tetapi bukan pada pengemis,sungguh kamu cukup berhektar hektar
tanah,tetapi bukan pada mereka yang susah,sungguh kamu tidak pernah menjamah kepala
ikan masin,tetapi tidak pada yang miskin,sumpah seranah dari mereka yang berputus asa
mengharap ihsan dari kamu,bertubi tubi menghujani kehidupan mu,biarkan semua yang
kamu milik tanpa membahagi bahagi pada jalan Allah itu menjadi kayu yang akan jadi
bahan membakar diri mu nanti.



1 ulasan:

  1. Jangan biar kita terus ketinggalan,bangkitlah dari kemunduran,mencari kejayaan,bersama Redha Tuhan.

    BalasPadam